25 May 2010

apa tips utk aktifkan badan? tolong....

pada sesapa yg tak pernah kenal erti letih tologlah aku....aku balik ja keja, kalo landing atas tilam ja alamatnya tetidolah sampai ke pagi.....letih sungguh badan...kena makan suplement ka? atau apapa yg bagus...tolonglah bantu....letih............

Program Kembara STE 2010



2 to 3 Mei 2010, aku bawak student g KL n Putrajaya....trip ni nak kata best, x la best sangat coz objektif sbenarnya lain...frust la jugak...tempat aku nginap malam tu pun potong mood ja...ni ada lah bebrapa candid shot yg aku dptkan spanjang tour kat sana...

Pic kat atas ni time kami di Planatarium Negara, Kuala Lumpur...best duk dalam kubah ni...ada 3 show sebenarnya, start pada pkl 9 a.m..satu show RM3 ingit sahaja...tp kesian jugak lah, letih lg...yg pentingnya, ada juga yg tak mandi lagi d kalangan anak2 truna ni...:p

Pic yang kat sbelah pulak, aku shot kat dataran Putrajaya...budak2 ni, kalo suruh buat keja, malas, tp kalo suruh bgambo, tok sah suruh....tp scene kat Putrajaya tu time Maghrib sangat cantik..

21 May 2010

rakan2 seperjuangan....pekerjaan sepanjang hayat..:p



Gambar yang dipaparkan ni menunjukkan rakan2 dan teman2 seperjuangan aku..sepanjang kerjaya aku di KKBU rasanya...
dr kiri, fidah...rakan sekerja ngan rakan belajar aku time master ed dolu2....tazah atau lebih glamer ngan ustazah hasnah (d kalangan student la)...rakan sekerja ngan setaman ngan aku...:p yg sterusnya, b. chitthra..rakan skerja aku yg padanya aku ni gps bgerak utk dia...bleh mcm tu pulak...kak ina slaku mantan KP unit STE dan skang ni dah naik pangkat jd KJKK pada kami...x nak komen pjng pasal kak ina ni..hehehe...sal, rakan skerja yg rajin berusaha sampai tak mahu makan..hehe..lawak ja...pastu, aku la..ibu beranak dua selaku pekerja yg slalu buat orang susah ati..and d end and d only staf yg paling garang tapi berhati mulia, pn syikin..aku panggil ckin ja walopun dia tua sethn dr aku...br ja slamat lahirkan seorang baby gurl yg tak kurang cutenya..
yg geng laki2 pulak, dr kiri, miji...mat klate yg prasan hensem..hensem ka dia? pastu hasrul, bapak kpd 2 org anak pompuan...tu pun x sabar2 nak anak no 3...en rahim..plg senior kat unit aku...skang ni byk perubahan yg aku nmpak pd dia..mcm nak bjiwa muda balik ja..jgn wat prangai nak mencari sorg lg udah..yg tengah tu kroll...mcm apa ntah...KP aku la ni..mcm mn ntah ngan dia ni..tp bos2 kita x leh komen lebih..heheheh...yes bos...sbelah krool ni, aku panggil dia sepul..bapa anak sorang...pengerusi KOOP yang rajin..kalo dia kuar koop maka aku kuar koop jugak lah..hehehehe....anuar morzuke..bila nak kawin ntah bujang yang ni...pasni ntah mintak kkbda pulak...and last skali anuar shukri..br ja dpt baby gurl..congratsss....apa yg penting, aku sronok berada dlm unit STE...Kolej Komuniti Bayan Baru.....

09 May 2010

Didik Diri Dengan Ilmu Kewangan!

Ramai orang gagal menguruskan wang masing-masing hanya kerana tiada displin dan gagal mematuhi apa yang telah dirancangkan sebelum ini. Ramai juga yang masih keliru dengan asas-asas dan prinsip-prinsip simpanan serta pelaburan yang sebenarnya.

Masih ramai yang tiada idea tentang simpanan sebenarnya, biarpun mereka sendiri telah membuat simpanan. Begitu juga dengan pelaburan, ramai yang melabur tetapi tidak faham kenapa mereka melabur. Bahkan ada yang tidak tahu kenapa mereka terpaksa berhutang?

Ada juga yang terlalu fokus dan terkejar-kejar keuntungan segera sehingga sanggup mengenepikan logik dan prinsip pelaburan dan keuntungan. Akibatnya lebih ramai yang berputih mata menanggung kerugian daripada mengaut keuntungan yang berganda!

Tidak kira berapa banyak wang yang kita perolehi, sedikit atau banyak bukanlah ukurannya. Apa yang lebih penting ialah untuk mendidik diri kita sendiri tentang pengurusan kewangan yang wajib kita kuasai.

*MENGENAI PENULIS*

Khairulnahar a.k.a Thinkerich merupakan Blogger dan juga Usahawan Internet yang banyak berkongsi maklumat berkaitan pengurusan kewangan terutama sekali dalam niche 'Kewangan Peribadi'.

Sehingga kini beliau telah menulis lebih 15 buah ebook dalam niche 'Kewangan Peribadi' termasuk judul paling laris setakat ini "Panduan Wang Gaji" & "Panduan Bebas Hutang".

Buku beliau berjudul Bajet Wang - 7 Cara Untuk Mengatasi Masalah Kekurangan Wang telah pun berada dipasaran sejak tahun 2009 dan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan sehingga kini.

Matlamat beliau adalah untuk membantu orang ramai menguasai kewangan peribadi masing-masing agar menjadi lebih baik dan teratur.

Untuk mempelajari tips bagaimana hendak mengurus wang dengan lebih efektif, anda boleh lawati link berikut :